Baju Kurung Vietnam
sesiapa yang berminat dengan telekung sutera vietnam bolehlah email/buat pesanan..nak yg bunga 8 kuntum, 16 kuntum, 32 kuntum..macam2 kuntum ada tapi kena order le..price range between RM70-RM160..
Selain dari telekung, ada stok2 baju kurung manik dan labuci ready made yang cantek2..lawati kedai akak khusus untuk baju2..
Antara baju kurung ready stok...
Mengenali Material Telekung
Salam, ramai yang bertanya apa beza material telekung seperti cotton rosella, cotton paris, cotton jepun, cotton dobi, cotton polino dan sebagainya...so untuk entry kali ini saya akan terangkan secara ringkas perbezaan antara jenis/kategori material yang ada di pasaran.
Cotton Jepun
(Dikategorikan sebagai exclusive cotton) Cotton Jepun adalah jenis cotton paling halus, ringan dan paling berkualiti dalam rangkaian cotton yang ada di pasaran ...selalunya material ini digunakan khusus untuk rangkaian telekung sulam goyang dan renda (iaitu sulaman goyang exclusive di bawah keliling telekung) Sulaman benang tanpa warna berserak penuh didatangkan dalam base colours white dan off-white tampil exclusive. Texture yang lembut dan sejuk menjadikan nya sebagai pilihan utama bagi yang mementingkan keselesaan.
Cotton Paris
(Dikategorikan sebagai exclusive cotton) Cotton Paris amat halus, ringan dan berkualiti--ranking kedua selepas cotton jepun dalam rangkaian cotton yang ada di pasaran namun paling ringan... selalunya material ini digunakan khusus untuk rangkaian telekung dengan sulaman warna... walaupun kainnya sedikit berkedut (tidak licin seperti cotton rosella) namun texture yang lembut dan sejuk turut menjadikan nya sebagai pilihan.
Cotton Rosella
Cotton rosella adalah jenis cotton yang paling banyak dan biasa digunakan untuk pembuatan telekung sulam di pasaran pada masa ini. Texturenya yang licin dan ringan serta tidak berkedut menjadikannya pilihan kebanyakan pengeluar telekung.... Tampil exclusive dalam pelbagai design sulaman warna, perbezaan harga selalunya terletak pada jenis dan kehalusan sulaman pada setiap telekung yang dihasilkan.
Cotton Polino
Cotton Polino adalah merupakan sebahagian dari rangkaian cotton biasa (texturenya seperti telekung cotton yang biasa digunakan oleh orang kita (Malaysia), lebih tebal, tidak jarang serta berat sedikit berbanding kategori cotton yang lain. Namun texturenya sedikit licin serta sejuk kerana menggunakan high quality cotton. Telekung ini biasanya tampil dengan warna putih polos dengan sulaman benang putih. Selalunya menjadi pilihan buat warga ibu serta bekalan persalinan untuk umrah dan haji.
Tuesday, July 28, 2009
Friday, June 19, 2009
Cotton Paris Sulam Bunga Besar + Tas
(very comfortable, ringan dan sejuk)
Banyak tul koleksi telekung, menarik2 plak designnya
BalasPadamTQ
Baju Kurung Vietnam